SEKILAS INFO
: - Minggu, 08-09-2024
  • 1 tahun yang lalu / PEMBUKAAN PKL SEMESTER 7 DI KUA SIMAN PADA TANGGAL 17 OKTOBER 2022
  • 1 tahun yang lalu / KUNJUNGAN KONSELING ANAK FAKULTAS DAKWAH IAIRM NGABAR KE PANTI ASUHAN AL-HAYAT PANEKAN MAGETAN
Kerjasama Internasional Anatar IAIRM dengan 4 Perguruan Tinggi Di Malaysia

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif mengenai cadangan mengadakan Memorandum of Understanding (MoU) antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan Institut Agama Islam Riyadlotul Mujahidin (IAIRM) Ngabar.

A. LATAR BELAKANG PIHAK-PIHAK
1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti yang mapan yang berusaha untuk meningkatkan dan memperkukuhkan hubungan pengantarabangsaannya dan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk melengkapkan kecemerlangan pendidikannya. UTHM telah mengadakan pelbagai kerjasama dengan pihak lain untuk meningkatkan aktiviti akademik dan penyelidikannya

Dalam MoU ini UTHM diwakili oleh Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum akan bertanggungjawab dalam menyelaras aktiviti serta program di bawah MoU ini. Pelaksanaan aktivitinya melibatkan semua fakulti serta pusat-pusat lain di UTHM.

2. Institut Agama Islam Riyadlotul Mujahidin Ngabar
Institut Agama Islam Riyadlotul Mujahidin Ngabar merupakan institusi pengajian tinggi di bawah naungan Pondok Pesantren Wali Songo Ngabar yang bertujuan untuk mempersiapkan para pelajar menjadi anggota masyarakat yang mantap aqidah, kedalaman rohani, keluasan ilmu agama Islam dan akhlak mulia serta mengembangkan dan menyebarluaskan agama Islam, ilmu agama dan teknologi.serta kesenian yang berjiwa Islam, dan berusaha menggunakannya untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memperkaya budaya kebangsaan. Demikian juga dalam pengembangan dan penguatan kelembagaan dengan memperkuat kerjasama dalam dan luar negeri.

Dalam MoU ini Institut Agama Islam Riyadlotul Mujahidin Ngabar melibatkan semua fakulti iaitu Tarbiyah, Syari’ah, dan Dakwah yang akan bertanggungjawab dalam menyelaras aktiviti serta program di bawah MoU ini. Pelaksanaan aktivitinya melibatkan semua pusat-pusat lain di Institut Agama Islam Riyadlotul Mujahidin Ngabar.

B. LATAR BELAKANG KERJASAMA
1. Cadangan melaksanakan perjanjian MoU ini adalah lanjutan daripada LoI yang telah ditandatangani pada 12 Disember 2019 antara UTHM dan IAIRM Ngabar yang menjurus kepada jalinan kerjasama dan kolaborasi akademik antara dua universiti serta pelbagai program yang telah dilaksanakan bersama seperti mobiliti, webinar dan penyelidikan.
2. Selaras dengan peranan UTHM merupakan Universiti Awam yang
ditubuhkan untuk meningkatkan prestasi akademik dan aktiviti penyelidikan bersama serta mengukuhkan hubungan pengantarabangsaan maka pelbagai inisiatif untuk melengkapkan kecemerlangan pendidikan. UTHM telah menggalakkan kerjasama dengan pihak-pihak lain melalui ikatan perjanjian universiti dalam dan luar negara.
3. Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum telah bersetuju untuk
bekerjasama dengan IAIRM Ngabar kerana terdapat banyak kesamaan dari aspek program sarjana muda yang ditawarkan, justeru kerjasama berkaitan boleh dilaksanakan untuk memberikan impak positif kepada kedua-dua institusi. Untuk makluman Univeristi ini juga telah menjalinkan kerjasama bersama-sama UTHM sebelumnya.

C. BIDANG KERJASAMA
1. MoU ini akan membina kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan seperti berikut:
a. Kerjasama melibatkan mobiliti staf akademik dan penyelidikan;
b. Kerjasama melibatkan penyelidikan bersama dalam bidang agama, sains sosial, kemanusiaan dan teknologi;
c. Kerjasama melibatkan mobiliti pelajar prasiswazah;
d. Kerjasama melibatkan pertukaran/perkongsian penemuan akademik, penerbitan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan akademik dan informasi pendidikan; dan
e. Lain-lain kerjasama dalam bidang yang akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

2. Manakala Memorandum on the Exchange of Students pula memperincikan bidang kerjasama untuk perenggan 1(3) MoU seperti berikut:
a. Pertukaran pelajar di institusi tuan rumah akan didaftarkan sebagai special auditors atau pelajar khas penyelidikan siswazah.
b. Perbelanjaan untuk perjalanan, kos sara hidup atau perbelanjaan lain yang perlu bagi pelajar pertukaran, pada prinsipnya adalah di atas tanggungan pelajar.
c. Institusi tuan rumah akan mengecualikan yuran peperiksaan, pendaftaran, dan pengajian kepada pelajar pertukaran dari institusi kerjasama.
d. Secara prinsipnya, tempoh penerimaan adalah satu (1) tahun.
e. Berdasarkan peruntukan institusi tuan rumah, prestasi pelajar pertukaran akan dinilai berdasarkan laporan dari institusi tuan rumah.
f. Bilangan pertukaran pelajar yang diterima oleh institusi masing-masing adalah dua (2) orang atau kurang dalam setiap tahun akademik institusi tuan rumah.
g. Kedua-dua institusi akan mengadakan perundingan, berdasarkan keperluan.

TINGGALKAN KOMENTAR

SINTAKU

SINTAKU

SINTAKU

LINTAPDIMAS

LINTABDIMAS

LINTABDIMAS

Video Terbaru